salam

salam

Thursday 17 April 2014

Rahsia & Hikmah Kejadian lautan

Setiap yang berlaku di dunia ini pastinya mempunyai hikmahnya tersendiri. Sungguh Allah SWT  telah menciptakan alam ini dengan pelbagai bentuk dan segala isinya untuk di manfaatkan oleh manusia.  


Dari aspek kajian ilmu sains menyatakan bahawa dunia ini terdiri daripada 75% laut manakala yang selebihnya adalah daratan. kebetulan ana kini sedang menyambung pengajian dalam bidang sains nautica juga belajar bahawa 70% urusan pengangkutan barang dagangan adalah melalui laut. sungguh jelas di sini bahawa peciptaan laut ini bukan sesuatu yang saja2 tetapi ia membawa suatu impak yang besar buat manfaat manusia yang hidup di atas muka bumi ini.

" Dan Dia itulah ( Allah ) yang menundukkan lautan untukmu, agar kamu darinya dapat memakan ikan yang segar, kamu pun darinya dapat mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai, bahkan kamu dapat melihat bahtera belayar padanya, agar kamu pun bersyukur :. - ( Surah an Nahl. 16. 14 )

kita lihat bahawa dunia ini hampir keseluruhannya diseliputi dengan lautan. jika kita membandingan dengan jumlah daratan dan bumi MasyaAllah boleh di ibaratkan seperti daratan ini hanya pulau2 kecil di antara lautan yang luas.  jika kita menghayati kebesaran peciptaan lautan ini sudah pasti kita akan lebih dekat kepada peciptanya dan akan menemui kebenarannya seperti yang berlaku terhadap seorang hamba Allah ini iaitu Mr. Jacques Yves Costeau merupakan seorang Oceanografer (ahli lautan) dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Beliau telah menyelam di banyak dasar lautan seluruh dunia lalu  telah memeluk islam setelah mengkaji fenemona pertemuan antara air masin dan tawar yang tidak bercampur, beliau memeluk islam setelah tertarik dengan kebenaran al-Quran yang dinyatakan di dalam surah al-Furqan-53: Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang penemuan dua lautan yang tidak bercampur itu diertikan sebagai keadaan muara sungai, apabila terjadinya pertemuan antara air tawar (sungai) dan air masin dari air laut. 

Dalam entry kali ini juga ana sebenarnya hendak berkongsikan sedikit pengalaman ana ketika terlibat dalam amali pelayaran ke pulau perhentian pada 4-6 april yang lepas. melalui pengalaman tersebut banyak perkara yang ana belajar dan dapat mempraktiskan ilmu pelayaran yang di ajar di dalam kelas untuk di apply ketika menjalani amali. 

pada jam 8 pagi, 4 april  ana bersama rakan sekelas 1 batch la kiranya dan staff serta lecture bertugas telah bertolak dari kampus ke pulau duyung iaitu ke tempat kami akan menaiki kapal ke pulau perhentian, di sana kami di bahagikan kepada dua kumpulan mengikut kapal iaitu Discovery I dan Discovery II


(kapal UMT yang ana naik)

(meninggalkan jeti pulau duyung,kat sini bila tiba moonsun cup memang banyak kapal layar)

dalam jam 9.30 pagi kami  bertolak dari perlabuhan pulau duyung,kuala terengganu menuju ke pulau perhentian yang mengambil masa hampir 4 jam. sepanjang pelayaran tersebut kami telah ditugaskan untuk menjalankan 'ship duty'
seperti mengira tempoh jarak tiba perjalanan atau estimated time arrival (ETA) dan mengambil kedudukan semasa kapal di atas navigational chart.
(mengira kedudukan semasa di atas chart)

semasa pelayaran tersebut banyak perkara menarik yang ana lihat seperti kemunculan ikan lumba2 secara tiba2 di belakang kapal kami tapi tak sempat nak tangkap gambar sebub masa tu ana dalam duty tu pertama kali nampak natang tu,huhu

(snap jap,rasa mcm terlibat dlm operasi SAR mh370,hehe)

secara ringkasnya setiba di sana banyak masa kami habiskn dgn melakukan aktiviti memasak secara gotong royong, snorkelling, hiking, polo air dan memancing tapi pling syok candat sotong wehh ,hoho

mcm nelayan pon de gop

excited gilo tngok sotong,tumpang snap dgn sotong orang,hehe

(1batch bersama lecture dan staf,ana duduk hjung dari kiri,muka ketat sikit mase tu,haha)

program kami berakhir pada 6april, jam 12 tghari kami mula bertolak pulang menaiki kapal ke jeti pulau Duyung perjalanan pulang juga mengambil tempoh selama 4jam., mlm tu pkul 9 terus shoot balik johor pulang ke kmpg halaman smpena cuti mid sem.


kelepakkan jelas terasa ketika dalam perjalanan pulang. bip2, tu la gmbar last ana dengan topi tu sebelum terbang di tiup angin masa tidur dan jatuh ke laut..huhu, ralat tu wlaupun topi tu beli kat kedai 2henggit.

Wednesday 2 April 2014


Alhmdulillah, mukadimah sebelum berbicara.., akhirnya terbit sudah blog yg di angankn sebelum ini.. terima kasih buat pertama kalinya kepada yg sudi singgah sebentar ke blog yg x seberapa hensem ni.., ini adlah entry pertama ana dlm blog ni.., secara rasminya blog ini dilancarkan pada jam 11:59mlm 2april 2014(lancar sendiri tak ada potong reben bagai,huhu) .., niat ana untuk menulis blog ini adlah tidak lain tidak bukan hanya untuk  berkongsi sedikit ilmu,cerita, pengalaman ana atau mungkin apa sahaja yg terlintas difikiran ana utk dikongsikan yang mungkin boleh memberi sedikit manfaat kepada semua tak sikit seco'et(bak kata orang kampung ana) pon jadilah,hehe

Idea terlintas untuk buat blog sendiri ni tiba2 muncul(sergah macam hantu,bah!!) setelah ana banyak membaca blog2 sahabat ana yg sering berkongsi ilmu dan segala pendapat. jadi ana jadikan blog2 mereka ini sebagai inspirasi ana untuk membina blog ana sendiri. alhmdulillah dalam masa beberapa hari ana berjaya menyiapkannya. mungkin nampak agak simple tapi insyaAllah ana akan cuba untuk menghensemkn lagi dengan pengisian ilmu dan entry2 yang boleh dikongsikan, secara jujurnya ana masih belum mahir lagi dengan blogger ni.

BicaraMujahid?, kenapa ana menamakan blog ini dengan nama tu?,

"Mujahid adalah orang yang berjihad melawan nafsunya di jalan Allah" (hadis riwayat tirmidzi)

bila sebut jihad mesti orang akan ingat  pergi berperang, benar itu juga adalah jihad bro.., tetapi perlu kita tahu bahawa jihad yg paling besar adalah dengan melawan hawa nafsu. kerana manusia diciptakan dengan nafsu dan akal  dengan akal nafsu boleh di tundukkan dan dengan nafsu manusia boleh di kalahkan. kita manusia yang di kurniakan akal seharusnya perlu mengawal nafsu agar  tidak nafsu mengawal diri kita. jadi jika kita berjihad melawan nafsu maka kita adlah mujahid. tidak salah rasanya jika kita menggunakan istilah mujahid itu kepada setiap diri kita sebgai motivasi kerana kita adalah hamba-Nya yang sering terkeluar dari panduan-Nya..maka dengan  itu ana menamakanya.

rasa itu sahaja mukadimah dari ana untuk first entry ni, first entry tu,,,kononnya,,hehe, nak tulis panjang2 insyaAllah untuk perkongsian akan datang.. sampai sini shaja untuk coretan ana jika ada kesilapan yang ana tidak nampak mungkin kerana kekurangan ilmu dlam diri ini jika ada sebarang teguran nyatakan sahaja insyaAllah ana akan cuba mmerbaikinya.

wallahualam...