salam

salam

Wednesday 2 April 2014


Alhmdulillah, mukadimah sebelum berbicara.., akhirnya terbit sudah blog yg di angankn sebelum ini.. terima kasih buat pertama kalinya kepada yg sudi singgah sebentar ke blog yg x seberapa hensem ni.., ini adlah entry pertama ana dlm blog ni.., secara rasminya blog ini dilancarkan pada jam 11:59mlm 2april 2014(lancar sendiri tak ada potong reben bagai,huhu) .., niat ana untuk menulis blog ini adlah tidak lain tidak bukan hanya untuk  berkongsi sedikit ilmu,cerita, pengalaman ana atau mungkin apa sahaja yg terlintas difikiran ana utk dikongsikan yang mungkin boleh memberi sedikit manfaat kepada semua tak sikit seco'et(bak kata orang kampung ana) pon jadilah,hehe

Idea terlintas untuk buat blog sendiri ni tiba2 muncul(sergah macam hantu,bah!!) setelah ana banyak membaca blog2 sahabat ana yg sering berkongsi ilmu dan segala pendapat. jadi ana jadikan blog2 mereka ini sebagai inspirasi ana untuk membina blog ana sendiri. alhmdulillah dalam masa beberapa hari ana berjaya menyiapkannya. mungkin nampak agak simple tapi insyaAllah ana akan cuba untuk menghensemkn lagi dengan pengisian ilmu dan entry2 yang boleh dikongsikan, secara jujurnya ana masih belum mahir lagi dengan blogger ni.

BicaraMujahid?, kenapa ana menamakan blog ini dengan nama tu?,

"Mujahid adalah orang yang berjihad melawan nafsunya di jalan Allah" (hadis riwayat tirmidzi)

bila sebut jihad mesti orang akan ingat  pergi berperang, benar itu juga adalah jihad bro.., tetapi perlu kita tahu bahawa jihad yg paling besar adalah dengan melawan hawa nafsu. kerana manusia diciptakan dengan nafsu dan akal  dengan akal nafsu boleh di tundukkan dan dengan nafsu manusia boleh di kalahkan. kita manusia yang di kurniakan akal seharusnya perlu mengawal nafsu agar  tidak nafsu mengawal diri kita. jadi jika kita berjihad melawan nafsu maka kita adlah mujahid. tidak salah rasanya jika kita menggunakan istilah mujahid itu kepada setiap diri kita sebgai motivasi kerana kita adalah hamba-Nya yang sering terkeluar dari panduan-Nya..maka dengan  itu ana menamakanya.

rasa itu sahaja mukadimah dari ana untuk first entry ni, first entry tu,,,kononnya,,hehe, nak tulis panjang2 insyaAllah untuk perkongsian akan datang.. sampai sini shaja untuk coretan ana jika ada kesilapan yang ana tidak nampak mungkin kerana kekurangan ilmu dlam diri ini jika ada sebarang teguran nyatakan sahaja insyaAllah ana akan cuba mmerbaikinya.

wallahualam...






No comments:

Post a Comment